Thursday 23 July 2015

Menukar wiper blade Perodua Kancil




Entry kali ini akan menunjukkan cara untuk menukar wiper blade dan mencantikkan kembali wiper arm Perodua Kancil. Semua kerja boleh DIY.

Tools yang diperlukan:-
  1. Spanar 12mm atau rachet dengan socket box 12mm
  2. Pliers/playar(untuk menyenangkan kerja membuka wiper arm nanti)
  3. Spray paint hitam(atau apa² warna yang anda ingin)






Barang yang diperlukan:-

  1. sepasang Wiper blade 16mm/18mm - RM20



Mula sekali apa yang perlu anda buat ialah membuka wiper arm untuk menjalani proses recondition(cuci dan spray dengan spray paint hitam).

Step untuk buka wiper arm 

Gambar step untuk buka wiper arm


  1. Pertama sekali buka cover yang menutup nat di wiper
  2. Buka nat dengan spanar atau rachet saiz 12mm mengikut arah lawan jam
  3. Cuba tarik perlahan² wiper arm dari pemegangnya(jika terlalu ketat boleh spray WD-40 atau produk yang seangkatan dengan nya)
  4. Wiper arm yang sudah dibawa keluar perlu dicuci dahulu kemudian dikeringkan
  5. Sediakan tempat untuk anda spray cat
  6. Spray warna keseluruhan wiper arm 
  7.  Tunggu wiper arm kering dari cat
  8. Pasang kembali wiper arm
 
Wiper arm yang sudah di spray warna hitam
 

  Gambar menunjukkan cara pasang wiper blade


senang sahaja cara nya
Sudah siap, kerja yang mengambil masa dalam 1 jam sahaja(itu pon kerana untuk menunggu cat kering) untuk membuat wiper arm kereta anda kelihatan baru dan cantik semula tanpa menukar wiper arm yang baru. 
Perbezaan sebelum dan selepas

SELAMAT MENCUBA!!...

Monday 20 July 2015

Service kereta Proton Saga BLM 1.3cc

Dalam post ini akan menunjukkan proses menukar minyak hitam, oil filter, spark plug, dan air filter Proton Saga BLM 1.3cc auto secara DIY yang sangat mudah dan boleh menjimatkan sehingga 30%-40% wang yang perlu di keluarkan.

Pertama sekali, Tools yang diperlukan ialah
  1. 16mm spark plug socket(box)
  2. Oil filter wrench 
  3. Set rachet sekali dengan socket(box) 10mm dan 14mm
  4. Floor jack
  5. 2 jack stand
  6. Bekas tadah minyak hitam lama(boleh potong botol minyak hitam)

gambar sebahagian dari tools yang digunakan

Barang² yang akan ditukar
  1. Minyak hitam Shell 15w40 4L - RM70+-
  2. Air Filter OEM Saga BLM - RM14
  3. 4x NGK spark plug (BPR6EF-11) - RM24
  4. Oil filter Saga BLM - RM10

part² kereta yang dibeli

Service kereta saga BLM ini saya mulakan dengan menukar air filter kemudian spark plug dan akhir sekali minyak hitam dan oil filter(penapis minyak hitam).

Penukaran air filter(penapis udara)
Kotak air filter Proton Saga BLM
  1. Buka klip seperti yang dibulatkan di dalam gambar - ada 4 kesemuanya
  2. Keluarkan air filter lama dan ganti kan dengan yang baru
  3. Jangan lupa klip kan balik kotak air filter 
  4. Jimat RM10 sekurang2 nya labor cost..hehe

Perbandingan di antara air filter lama dan baru

Cara untuk menukar spark plug

  1.  Dengan Menggunakan rachet atau spanar saiz 10mm, buka nat yang ditanda bulat didalam gambar di atas
  2. Selepas nat dibuka, tarik sahaja coil pack satu persatu
  3. Kemudian gunakan socket spark plug 16mm pada rachet dengan extension, buka spark plug dengan melawan arah jam
  4. Ganti kan dengan spark plug baru dan ketat kan dengan mengikut arah jam
  5. masuk kan kembali coil pack di tempat asalnya
  6. pasang semula dan ketatkan nat yang telah di buka pada step 1 tadi
  7. Jimat lagi sekurang² nya RM10 

perbezaan antara spark plug baru dan lama


Menukar minyak hitam beserta dengan penapis minyak hitam(oil filter)
yang dibulatkan terletaknya drain nat yang bersaiz 14mm

  1. Tinggikan kereta dengan floor jack dan kemudian nya jack stand(jangan sekali² hanya menggunakan floor jack tanpa jack stand)
  2. Dengan mengunakan rachet dengan socket 14mm atau spanar 14mm, buka "drain nut" yang terletak seperti didalam gambar diatas.
  3. Sediakan bekas tadah minyak hitam dan biar minyak hitam lama mengalir keluar dalam 3-5 minit
  4. Sambil itu buka oil filter lama dengan mengunakan oil filter wrench mengikut arah lawan jam
  5. Selepas minyak hitam lama habis mengalir, ikatkan kembali nat saiz 14mm tersebut di tempat asal nya
  6. Jika boleh "hand tight" sahaja oil filter baru 
  7. Isi minyak hitam baru sambil memantau paras minyak hitam pada "dip stick"
  8. berhenti jika sudah sampai paras "F". Selalunya dalam 3.5-3.7L sahaja minyak hitam baru di gunakan
  9. Jimat sekurang² nya RM30

tempat untuk mengisi minyak hitam(jika ada yang tidak tahu)

Sampai disini sahaja untuk post ini, sebarang pertanyaan boleh tinggalkan komen diruangan komen dibawah. Terima kasih dan selamat mencuba bagi siapa yang ingin mencuba.