Thursday 23 July 2015

Menukar wiper blade Perodua Kancil




Entry kali ini akan menunjukkan cara untuk menukar wiper blade dan mencantikkan kembali wiper arm Perodua Kancil. Semua kerja boleh DIY.

Tools yang diperlukan:-
  1. Spanar 12mm atau rachet dengan socket box 12mm
  2. Pliers/playar(untuk menyenangkan kerja membuka wiper arm nanti)
  3. Spray paint hitam(atau apa² warna yang anda ingin)






Barang yang diperlukan:-

  1. sepasang Wiper blade 16mm/18mm - RM20



Mula sekali apa yang perlu anda buat ialah membuka wiper arm untuk menjalani proses recondition(cuci dan spray dengan spray paint hitam).

Step untuk buka wiper arm 

Gambar step untuk buka wiper arm


  1. Pertama sekali buka cover yang menutup nat di wiper
  2. Buka nat dengan spanar atau rachet saiz 12mm mengikut arah lawan jam
  3. Cuba tarik perlahan² wiper arm dari pemegangnya(jika terlalu ketat boleh spray WD-40 atau produk yang seangkatan dengan nya)
  4. Wiper arm yang sudah dibawa keluar perlu dicuci dahulu kemudian dikeringkan
  5. Sediakan tempat untuk anda spray cat
  6. Spray warna keseluruhan wiper arm 
  7.  Tunggu wiper arm kering dari cat
  8. Pasang kembali wiper arm
 
Wiper arm yang sudah di spray warna hitam
 

  Gambar menunjukkan cara pasang wiper blade


senang sahaja cara nya
Sudah siap, kerja yang mengambil masa dalam 1 jam sahaja(itu pon kerana untuk menunggu cat kering) untuk membuat wiper arm kereta anda kelihatan baru dan cantik semula tanpa menukar wiper arm yang baru. 
Perbezaan sebelum dan selepas

SELAMAT MENCUBA!!...

1 comment:

  1. Merkur 37C Safety Razor Review – Merkur 37C
    The Merkur 37c is an excellent short handled DE safety razor. casinosites.one It is more suitable deccasino for herzamanindir both heavy and non-slip hands and is therefore communitykhabar a great option for experienced

    ReplyDelete